Resepi dan Cara Membuat Bihun Goreng Siam

Bihun goreng je pun hihi. Malam ni kita buat bihun goreng siam. Memang sedap. Nampak simple tapi menambah-nambah makannya. Mak andeh kabo. Ni la menu diet yang sbenar. Muah ciked katanya. Jemput makan.

Bahan yang diperlukan:

  • Bihun direndam sehingga kembang.
  • Bawang merah 5 biji.
  • Bawang putih 4 ulas.
  • Udang kering.
  • 10 tangkai cili api.

Kesemua bahan diatas perlu dikisar kecuali bihun.

  • Cili paste.
  • Tomyam paste.
  • Sos tiram.
  • Sos cili.
  • 2 biji Telur ayam.
  • Fishcake.
  • Tauge.
  • Kucai.
  • Udang dikopek.
Baca juga :  Resepi Ayam Masak Halia

Cara untuk memasak:

  1. Goreng Fishcake kemudian asingkan. Gorengkan telur dan asingkan.
  2. Tumiskan bahan kisar sampai agak garing. Kemudian Masukkan cili paste dan gaul rata. Tumis sampi cili masak serta pecah minyak.
  3. Masukkan tomyam paste, sos tiram, sos cili dan kacau rata. Letak air sedikit.
  4. Kemudian masukkan udang, Fishcake serta telur goreng tadi. Gaul rata.
  5. Terus masukkan bihun dan kacau rata bagi sebati dengan bahan yang ada tadi.
  6. Akhir sekali masukkan kucai dan tauge dan gaul rata. Bila dah masak boleh tutup api. Hiaskan dengan hirisan telur dadar.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Jongkong. Kuih Tradisi yang semakin sukar untuk dicari.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Emee Sham. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.