Resepi dan Cara membuat Cucur Udang Garing diluar dan Gebu didalam

Salam dan selamat sejahtera semua. Kami nak kongsikan kepada anda menu sarapan pagi ataupun minum petang yang sangat mudah untuk dibuat dan bahan yang mudah didapati. Resepi cucur udang yang garing diluar dan lembut didalam. Terima kasih Zaky Mat Ali untuk resepi ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  •  400 gram tepung Gandum.
  • Beberapa ekor Udang atau secukupnya.
  • 1 biji Bawang Merah.
  • 1 batang Lobak.
  • Daun Kucai secukupnya.
  • Segenggam Tauge.
  • Sedikit Garam.
  • Sedikit serbuk Kunyit.
  • dan satu sudu kecil Yis.
Baca juga :  Resepi dan Cara memasak Lala Kam Heong yang sedap dan mudah

Cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk bersama tepung gandum kecuali udang. Tambah sedikit air dan adun sehingga menjadi sebati. Biarkan selama 30 minit.
  2. Panaskan minyak masak. Kemudian, masukkan adunan kedalam senduk bersama seekor udang dan goreng sehingga kuning keemasan. Siap untuk dihidangkan.

Sedikit tips: Sebelum menggoreng, panaskan senduk supaya adunan tidak melekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.