Resepi dan Cara membuat Gulai Kerutuk Daging

Dulu, cikgu nak tahu sangat rahsia nak masak gulai kerutuk tersedap. Orang Kelantan memang tersohor dengan gulai ni. Tak tipu ye. Rasa gulai ni boleh buat berhantu. Lepas makan teringat-ingat. Hasil cuba banyak kali, akhirnya cikgu dah berjaya masak kerutuk yang sama sedap dengan kedai makan kat atas Pasar Siti. Mula dari situ masak kerutuk sudah sebati dalam diri cikgu. Paling mengancam buat masak kerutuk daging atau itik. Fuhh cubalah. Memang tak terkata nikmatnya dapat gaul kuah yang pekat dengan nasi. Nak cicah kuah dengan roti pun ngam.

Jadi cikgu taknak simpan rahsia ni sorang-sorang. Nak hasilkan gulai kerutuk menawan hati semua orang bukan terletak pada air tangan juga. Kena caranya, semua orang boleh masak kerutuk yang terlajak mabeless ni. Nah cikgu sertakan resepi gulai kerutuk sekali.

Baca juga :  Resepi Ayam Bakar yang menyelerakan

GULAI KERUTUK DAGING CIKGU AFY

Pes bahan kisar. Anggaran bahan untuk 1/2 kilo daging.

  • 3 biji bawang merah saiz bola pingpong.
  • 1 ulas bawang putih.
  • 2 hiris bulat serai.
  • Sehiris nipis halia.
  • Sehiris nipis lengkuas.
  • 1/2 sudu kecil jintan putih+ 1/2 sudu kecil rempah ketumbar

Kisar semua bahan di atas hingga lumat.

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis 4 sekawan. Seterusnya masukkan bahan kisar tadi.
    Masukkan pula 1 sudu kecil cili kisar.
  2. Masukkan 3 1/2 sudu besar rempah kerutuk timbang Kelantan. Kacau menggunakan api perlahan sehingga terbit minyak. Barulah ditambahkan dengan 1/2 cawan air + asam jawa secubit.
  3. Masukkan pula perasa peringkat pertama. Sedikit garam, nise Kelantan dan gula secukup rasa.
  4. Daging 1/2 kilo yang dipotong nipis dan sedikit lebar pula dimasukkan. Kacau rata sebelum periuk ditutup. Biarkan selama 40 minit menggunakan api yang perlahan.
  5. Selepas itu, tambahkan pula 1 sudu besar kerisik. Kemudian masukkan santan 1/2 cawan. Tambahkan sedikit air.
  6. Tambahkan perisa peringkat kedua hingga cukup rasa. Renehkan lagi dengan api perlahan lebih kurang 30 minit untuk rasa yang lebih menyerlah sebelum ditutup apinya.
Baca juga :  Cara untuk membuat Gulai Asam Ikan Kerisi. Sajian yang akan menambat selera anda.

Boleh follow FB Cikgu Afy untuk pelbagai resepi Kelantan yang sedap-sedap.

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.