Resepi dan Cara untuk Membuat Durian Crepe

Malam nie kalau saya share resepi Bantal Kuning atau DURIAN CREPE ada tak yang nak? Bantal kuning saya nie ya amat Montok. Jom saya sertakan Resepi disini. Moga manfaat untuk semua.

Bahan-bahan untuk kulit:

  • 1 cawan tepung gandum.
  • 1 cawan tepung kastard.
  • 1 cawan tepung jagung.
  • 1 cawan tepung ubi.
  • 1 sudu esen vanila.
  • 3 atau 4 cawan air (agak-agak je la jangan cair dan terlalu pekat).
  • 1 senduk kecil minyak masak.
  • 2 sudu gula icing.
  • 2 biji telur.
  • 1 sudu pewarna kuning telur.
  • 1 sudu garam.

Cara membuat kulit:

  1. Mula-mula masukkan telur, gula, esen vanila dan air. Kacau hingga sebati.
  2. Kemudian masukkan pewarna, garam dan satukan semua tepung kedalam 1 bekas. Masukkan tepung kedalam adunan tadi dan kacau sebati.
  3. Masukkan minyak masak dan kacau lagi hingga sebati. Guna senduk je.
  4. Tapis adunan supaya tepung tidak berketul-ketul.
  5. Panaskan kuali non stick masukkan 1 senduk dan ratakan. Biarkan permukaan kulit kering dan boleh diangkat tak perlu diterbalikkan.
Baca juga :  Resepi lengkap untuk membuat Sos Sengkuang Calit. Setiap gigitan pasti akan memberikan anda nikmat kesedapan tak terhingga.

Bahan-bahan untuk membuat inti:

  • Durian.
  • 1 kotak fresh cream.
  • 1 cawan susu fresh.
  • 1 cawan instant kastad.

Cara membuat inti:

  1. Pukul fresh cream hingga kental.
  2. Satukan instand kastad dan susu dan kacau cepat-cepat dan masukkan kedalam fresh cream tadi. Kacau hingga sebati. Siap rasa macam aiskrim.

Cara melipat:

  1. Ambil 1 kulit pastikan bahagian bawah licin.
  2. Letakkan whipping krim ditengah dan isi durian diatas whipping krim. Bubuh sedikit whipping krim sikit jew untku menutup isi durian.
  3. Lipat kulitnya berbentuk segi 4. Kemaskan dan kalau rajin gunting la kiri kanan kulit tu untuk kemaskan bantal kuning ni. Bantal kuning nie saya jual memang mendapat sambutan hangat. Selamat mencuba.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ikan Patin Masak Tempoyak. Resepi terbaik untuk anda dan keluarga.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Mia Zareef Afiq. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.