Resepi dan cara untuk membuat Kuah Kacang dengan mudah dan sedap!

Resepi ni di ajar pada uwan sejak tahun 80 an lagi. Dah tau resepi ni memang tak guna resepi lain. Yang pernah mencuba jer tau kesedapannya. Sangat ringkas dan jangan ingat saya lupa letak bawang putih dan halia ye. Sebab dalam resepi ni memang tak guna. Tiap kali saya keluarkan resepi ada jer yang tanya, ni dah bagitahu siap-siap. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Sabariah Bahasar. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kg kacang yang sudah dipanggang dan ditumbuk kasar.
  • 500 g bawang besar dikisar halus.
  • 3 batang serai diketuk.
  • 1 buku lengkuas bersaiz kecil diketuk.
  • 3 keping asam gelugur.
  • 1 1/2 senduk cili kisar.
  • Gula, garam dan perasa.
Baca juga :  Cara untuk membuat Pecal bersama kuahnya yang padu. Selamat mencuba.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kacang tumbuk direndam supaya kembang.
  2. Tumis bawang blend hingga naik bau.
  3. Masukkan cili, serai dan lengkuas kemudian kacau sehingga cili garing.
  4. Masukkan kacang dan tambah 1.5 liter air.
  5. Masukkan semua bahan lain dan renihkan diatas api perlahan sehingga pekat. Kuah ni mesti terasa manis, pedas dan masamnya.

Selamat mencuba.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.