Resepi dan cara untuk membuat Laksa Penang

Resepi laksa Penang. Mesti ramai penggemar laksa penang kan? Apa kata kali ni anda semua cuba buat sendiri di rumah. Kami bagi resepinya. Selamat mencuba ya.

Bahan -bahan yang diperlukan:

  • 10 ekor ikan sardin.
  • 1 biji bawang besar.
  • 1 inci belacan.
  • 20 tangkai cili kering (3 senduk cili blender).
  • Bunga kantan.
  • Daun kesom.
  • Asam keping.
  • Garam dan ajinomoto secukup rasa.

Cara-cara menguruskan ikan bagi kuah:

  1. 10 ekor ikan sardin. Siang dan rebus bersama asam keping 2 hingga 3 keping.
  2. Kemudian asingkan isi dan tulang. Kisar berasingan. Kalau nak isi ikan banyak, jangan blender isi sampai hancur. Blender tulang kemudian tapiskan air tulang tadi ke dalam periuk.
  3. Jangan ambil tulang dia nanti tercekik.
  4. Buka api dulu sambil-sambil nak blender bahan lain.
Baca juga :  Cara untuk membuat Daging Masak Singgang bersama Budu. Setiap hirupan kuah sangat berharga dek kesedapannya!

Kisarkan bahan dibawah:

  • bawang besar 1 biji.
  • Belacan 1 inci.
  • Cili kering anggaran 20 tangkai lebih pun takpe.

Cara memasak kuah laksa:

  1. Blender semua bahan diatas sehingga betul-betul hancur. Kemudian tuang ke dalam periuk yang dah ada isi ikan tadi.
  2. Kemudian masukkan bunga kantan, daun kesom, asam keping. Perasakan dengan garam dan aji secukup rasa.
  3. Makan bersama timun, bawang, cili api, bunga kantan hiris, salad dan telur rebus.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Nur Hayyum Idris. Terima kasih.

Baca juga :  Cara lengkap untuk membuat Laksa Beras. Rasa sekali pasti bertambah-tambah lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.