Resepi dan Cara untuk membuat Popia Goreng Berinti Sayur

Say hai sikit peminat popia dan tahu sumbat. Menu ngeteh ni bila-bila boleh dibuat. Tak kita waktu. Share lagi resepi kalau ada yang teringin. Sedap dimakan panas-panas.

Bahan dan cara membuat popia:

  1. Sediakan Kulit popia.
  2. Isikan taugeh, timun, lobak merah.
  3. Gulung pada penghujung last dan tacapkan air bagi gam kulit popia tu. Goreng dan bila dah masak toskan minyak.

Bahan membuat sos / kuah:

  • Cili kering, bawang putih dan bawang besar dikisar kesemuanya.
  • Sos cili.
  • Gula merah dan gula pasir.
Baca juga :  Cara untuk membuat Popia goreng berinti ketam. Hidangan minum petang yang terbaik untuk anda!

Cara membuatnya:

  1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan cili.
  2. Agak-agak cili dah masak, masukkan pula sedikit air, sos, secubit garam, gula pasir dan gula merah. Pastikan secukup rasa dan seimbang.
  3. Siap untuk dihidangkan.

P/s: Pesan arwah mak saya dulu. Lepas popia dah masak tegakkan sebagai cara untuk toskan minyaknya supaya kekal ranggup bila dah sejuk. Selamat mencuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan SuiSan Aliezsha. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.