Resepi dan Cara untuk membuat Serunding Halia Ikan Bilis.

Resepi dan cara untuk menbuat Serunding Halia Ikan Bilis. Sementara tunggu baby yang dah 38 weeks ni keluar, saya buat serunding halia ikan bilis untuk lauk sampingan masa pantang nanti.

Kalau ikut tekak saya, saya suka taruk kunyit sekali. Tapi memandangkan time ni kunyit susah nk cari. 3-  4 ketul pun jadi laaa.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Halia.
  • Kunyit.
  • Ikan bilis.
  • Serbuk lada hitam.
  • Sedikit garam.

Cara untuk menyediakannya:

  1. Kikis kulit halia dan kunyit. Saya guna sudu je sebab cepat.
  2. Parut guna lubang pemarut yang paling kecik. Ada yang kisar dan hiris halus pun boleh. Terpulang dengan cara masing-masing.
  3. Perahkan air halia tersebut.
  4. Panaskan minyak. Tunggu minyak betul-betul panas. Goreng dengan api besar. Jangan kacau. Tunggu dah keperang2an baru kacau. Lepastu balik-balikkan sikit dan terus angkat. Toskan minyak smbil tu tekan-tekan sikit bagi minyak keluar. Kita tak mau banyak minyak.
  5. Gorengkan ikan bilis.
  6. Selesai semua, satukan bahan-bahan dalam 1 bekas. Kemudian taburkan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Serbuk lada hitam ikut kesesuaian. Jangan banyak sangat nanti terlajak pedas. Gaulkan dan masukkan dalam bekas kedap udara. Nak campurkan dengan garlic flake pun boleh.
Baca juga :  Cara dan video lengkap untuk membuat Ikan Siakap goreng dengan Kicap Cair bersama Halia. Sedapnya susah nak digambarkan.

Siap! Doakan semoga urusan say untuk melahirkan zuriat yg ke-3 ni dipermudahkan ye. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Izmarina Khairuddin. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.