Resepi dan cara untuk membuat Sotong Paprik

Semalam cheyah teringin nak makan paprik sotong. Itulah jarinya resepi paprik paling mudah dan teragung. Ikut je step step dibawah memang confirm jadi.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Bahiah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 ekor sotong besar.
  • 1 biji bawang besar.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 3-4 batang kacang panjang.
  • 1/2 lobak merah.
  • 2 biji baby corn.
  • 2 helai daun limau purut.
  • 2 sudu makan cili giling.
  • 2 sudu makan sos cili.
  • 2 sudu makan sos tiram.
  • 2 sudu makan kicap manis.
  • 1/2 susu kecil garam.
  • 1 sudu gula.
  • Sedikit minyak utk menumis.
Baca juga :  Resepi Kerabu Sotong tanpa menggunakan Sos Ikan

Cara-cara penyediaannya:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan cili giling.
  2. Bila dan garing sikit masukkan daun limau purut dan kicap, sos cili dan sos tomato. Kacau sebati.
  3. Boleh masukkan sotong yang dipotong bulat bulat. Kacau dan masukkan garam serta gula.
  4. Last sekali masukkan sayur sayuran lain itu. Sedia untuk dihidang. Jangan letak air. Sotong akan keluarkan air dia sendiri.

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.