Resepi Ikan Bakar Tilapia Adabi

Resepi Ikan Talapia Bakar Adabi. Resepi yang dikongsikan oleh tuan punya resepi ini selalu dibuat olehnya ulang banyak kali. Dia bagitahu kalau cicah isi ikan dengan air asam mabeless tu memang combo yang sedap. Isi ikan langsung tak kering. Rencahnya pun terasa hingga ke tulang. Memang sedap sangat.

Jom kita cuba resepi yang telah diberikan oleh Puan Afy AL Habibi ini. Selamat mencuba.

1. Basuh dan kelar ikan talapia.

2. Sediakan pes segera dibawah.

  • Perencah asam pedas Adabi.
  • Perencah Ikan Bakar Adabi.
  • Perencah Rendang Adabi
Baca juga :  Cara untuk membuat Ikan Bakar Sumbat balut Daun Lengkuas. Menu yang pasti anda suka!

3. Setiap jenis pes tadi, gunakan sebanyak 1/2 sudu besar.

4. Tumbuk:

  • 2 inci kunyit hidup.
  • 2 ulas bawang putih.
  • secubit belacan.
  • 4 tangkai cili padi merah dan hijau.
  • 1/2 sudu besar gula perang

5. Gaul sebati campuran pes dan bahan tumbuk dalam mangkuk.

6. Lumurkan pada badan ikan dan bahagian dalamnya.

7. Balut ikan dengan daun pisang untuk aroma wangi.

8. Bakar atas pan sehingga ikan masak.

9. Hidangkan ikan bersama air asam mabeless.

Fuhhh. Terangkat. Selamat mencuba.

Baca juga :  Cara untuk membuat Ikan Cencaru Sumbat Tomyam yang sangat sedap. Rugi kalau tak cuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.