Resepi Kailan Pekasam Daging

Resepi paling mudah orang malas pon boleh buat sambil campak-campak je, Yang tak pandai masak pon boleh buat. Pekasam daging memang betul-betul buat kitorang ketagih sangat. Hari-hari pun makan takpe dengan nasi kosong pun bole jadi mkn tak sedar kau. Selamat mencuba.

RESEPI KAILAN PEKASAM DAGING

Bahan-bahannya ialah:

  • 100 gm pekasam daging kite buat sendiri.
  • 2 genggam kailan.
  • 2 biji bawang merah, dipotong.
  • 2 ulas bawang putih,dipotong.
  • 2 biji cili padi diketuk.
  • 1 biji cili merah,dipotong.
  • 1 sudu sos tiram.
  • 1 sudu sos ikan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Masakan Baby Kailan masak bawang putih bersama udang. Sedap sangat!

Cara-caranya tumis daging pekasam. Dah agak-agak masak tumis letak bahan potong dan perasa lain. Simple kan.

RESEPI PEKASAM DAGING

  1. Daging 1 kg bersihkan, potong lebih kurang besar tapak tangan. Toskan.
  2. Beras 1 cawan goreng sangai tanpa minyak sampai bertukar perang. Blender kering, jangan halus sangat. Hancur sikit-sikit je.
  3. Daging tadi digaul dengan garam 1 senduk, Gula 1/2 senduk. Letak Asam keping ye atau air perahan limau. Gaul lagi dengan beras yang diblend tadi.
  4. Perap dalam bekas, letak luar peti ais.
  5. Dalam seminggu dah boleh goreng bersama petai lada dan bawang. Sedap!
Baca juga :  Cara ringkas tapi sedap untuk membuat Ikan Bawal Masak Stim Chinese Style. Resepi sesuai untuk Ramadhan anda.

Selamat mencuba ye. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Shai Anne Ahemed. Terima Kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.