Resepi Kek Kukus Coklat Cip yang senang untuk dibuat bersama keluarga. Pasti memenuhi selera anda.

Alhamdulillah tak penah kecewa kalau buat kek coklat ni. Nak buat pun senang resepi pun mudah. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Masni Bahari. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 4 biji telur.
  • 1 cawan gula dikisar halus.
  • 1 sudu besar baking powder.
  • 1 sudu besar ovalette.
  • 3 sudu besar serbuk koko.
  • 1 cawan minyak masak..
  • 1 cawan susu cair.
  • 2 cawan tepung gandum..
  • Coklat chips secukupnya untuk hiasan.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan semua bahan KECUALI tepung, minyak, susu cair dan coklat chips. Mixerkan sampai jadi gebu kemudian baru tuang minyak dan susu.
  2. Mixer semula sekejap kemudian masukkan pula tepung. Mixer sehingga sebati.
  3. Sapukan minyak pada loyang dan tuangkan adunan dan tabur coklat chips diatasnya.
  4. Akhir sekali, kukuskan selama lebih kurang 40 minit. Pastikan masa nak letak tu air kukusanĀ  dah mendidih betul-betul ya.
Baca juga :  Resepi Mee Berkuah yang menyelerakan dan mudah untuk disediakan!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.