Resepi Kek Kukus Milo 3 Bahan

Ramai yang bising bising cakap dalam tempoh RMO ni kena berjimat cermat. Haaa siapa yang craving nak makan kek, boleh try kek kukus milo 3 bahan ni. Senang yakmat! Pakai blender je. Tak yah beli kat luar lah, selain boleh sahut perintah kerajaan, kita boleh berjimat jugak! Hahaha. Siapa yang rasa nak mewah sikit, boleh letak buat topping coklat, memang sedapppppp sumpah tak tipu. Ni portion kecil ya boleh lah nak makan 2 orang laki bini.

Bahan-bahan:

  • Milo 2 cawan.
  • Susu pekat 2 sudu.
  • Telur 4 biji.
  • Esen vanilla 2-3 titik (optional, taknak letak pun okay dah rasa dia).
Baca juga :  Cantik tak Kek Marble Jelita ni? Memang cantik dan gebu malahan sedap pula tu. Ini resepinya!

Cara-caranya:

  1. Blend semua bahan.
  2. Kukus 30 minit.

Kredit: Facebook Masak Apa Hari ini oleh Shazatul Fazlin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.