Resepi Kek Marble Gebu Gebas

Resepi kek marble gebu gebas. Selamat mencuba. Masuk terjun dalam bowl semua bahan ni ya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 6 biji telur.
  • 1 sb ovalate.
  • 1/4 cawan susu tepung.
  • 1 cawan gula halus(200g).
  • 1/4 cawan susu segar(60g).
  • 220g /2 cawan tepung self rising.

Cara membuatnya:

  1. Campurkan semua bahan dan mix kelajuan perlahan 2 minit dan naik ke kelajuan laju sampai gebu. Perlahankan mixer 2 – 3 saat dan masukkan minyak 100g ( 1/2 cawan minyak masak) tadi dan kacau lagi sampai sebati.
  2. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Setiap bahagian letak perisa. Mesti ada 3 perisa ni wajib. A contoh ya letakkan pewarna kuning atau ori perisa pisang. B contoh warna hijau letak perasa nenas dan C contoh warna merah letak perasa tutty fruity (buah-buahan). Mak guna pewarna cecair oil base je.
  3. Susun sesenduk sampai habis dan corakkan mengikut kreativiti masing-masing.
  4. Panaskan oven. Guna tingkat bawah sekali letak loyang suhu 150-160 darjah selama 1 jam. Kalau oven kecil suhu begitu kadang cepat masak.
  5. Bila dah masak sisipkan tepi-tepi kek dan tebalikkan atas redai selama 2-3 minit je. Bukak loyang dan keluakan atas redai biar 2 – 3 jam baru dapat corak atas kek tu. Selamat mencuba.
Baca juga :  Cara membuat Apam Pandan yang sedap dan gebu! Tengok gambar pun tau dah lembut sangat.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Hany Nisha. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.