Resepi Kerabu Belimbing Buluh Daun Selom

Kami nak kongsikan kepada anda cara dan resepi untuk membuat Kerabu Belimbing Buluh bersama daun Selom.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Roslina Omar melalui Facebook Masak Apa Hari Ini.

Bahan A (perlu dihiris)

  • Belimbing Buluh.
  • Daun Selom.
  • Bawang Besar.
  • Bunga Kantan.

Bahan B (campurkan semua dan ditumbuk)

  • Kelapa Parut.
  • Belacan.
  • Cili Padi.
  • Cili Merah.

Bahan C

  • Isi Ikan Sardin atau Isi Ikan Kembung. Ikan perlu direbus dahulu kemudian barulah diambil isinya.

Cara menyediakannya:

Campur semua bahan A,B dan C. Kemudian perasakan dengan garam. Untuk makluman semua, belimbing buluh tu bila dah jadi kerabu ianya dah tak rasa masam. Memang sedap meratah. Selamat mencuba semua.

Baca juga :  Cara untuk membuat Lempeng Pisang Berinti Kelapa Parut yang mengamit kenangan waktu kecil anda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.