Resepi Kerabu Daging Panggang Pedas atau Nue Nam Tok

Pernah dengan nama masakan Neu Nam Tok? Resepi ni sebenarnya adalah berasal daripada Thailand dan nama lainya adalah Kerabu Daging Pedas. Sedap tau. Kami kongsikan resepi yang telah diberikan oleh Puan Nora Azni untuk anda semua cuba.

Saya nak bagi resepi Nue Nam Tok atau Kerabu Daging Pedas harini. Jemput la cuba ye. Insyaallah sedap.

Bahan yang diperlukan untuk perap daging:

  • Daging segar untuk 3 orang makan.
  • 1 sudu besar sos tiram.
  • 2 batang serai dipotong serong.
  • 1 sudu kecil lada hitam.
  • 1 sudu besar kicap manis

Cara untuk membuatnya:

  1. Potong daging supaya senang nak panggang dan cepat masak.
  2. Campurkan bahan perap dengan daging. Gaulkan sebati dan biarkan dalam 1 jam. Lagi lama perap lagi sedap.
  3. Lepas tu, panggang daging tadi sampai masak. Jangan lama sangat panggang. Hilang kesedapan dan jusnye nanti.
  4. Daging dah masak, angkat dan rehatkan sekejap baru potong.
Baca juga :  Cara untuk membuat Daging Rangup (Crispy Beef) bersama Nasi Bawang yang akan buat anda terliur!

Bahan-bahan lain untuk ditambah:

  • Daun ketumbar.
  • Daun pudina.
  • Kobis di hiris nipis.
  • 1 batang serai di racik.
  • 2 ulas bawang merah dipotong biasa.
  • 3 biji limau nipis diperah amil jusnya.
  • 2 sudu besar chili flakes.
  • Sos ikan.
  • Gula dan Garam secukupnya.
  • 1 sudu besar beras yang dah digoreng dan ditumbuk.

Semua bahan di atas dicampur sekali dengan daging yang dah di panggang dan dipotong. Pastikan semua rasa dia cukup. Sedap, pedas, masam dan manis. Selamat mencuba ye. Jangan lupa kongsikan kepada yang lain.

Baca juga :  Cara untuk membuat Nasi Minyak yang mudah bersama resepi Daging Masak Briyani.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.