Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api. Menu yang disukai ramai orang!

Gulai ketam ni antara lauk kegemaran adik-adikku. Kaklong tak suka makan ketam, sebab malas nak kopek. Macam buang masa je. Kalau makan daging, ayam atau ikan lagi senang. Terus ngap je, memang dasar pemalas.

Resepi ikut selera masing-masing ye. Ade orang suka masak kuah dulu, dah mendidih baru masuk ketam. Tapi macam biasa, den suka kecutkan ketam dengan cili tambah kunyit dulu bagi meresap rasa. Lepas tu baru masukkan santan. Ikut keselesaan masing-masing lah ye, takde yg betul atau salah dalam memasak ni. Jangan gaduh-gaduh, tak baik.

So, kat sini den kongsikan cara masak gulai ketam style den selalu masak.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 6 ekor ketam bersaiz besar.
  • 2 batang serai (dititik).
  • 3 helai daun kunyit (dikoyak-koyak).
  • 30 biji cili api kampung *.
  • 2 inci kunyit hidup *.
  • 1 cawan air *.
  • 1/2 kg santan segar (pekat).
  • 1 asam keping.
  • Garam dan serbuk perasa.
Baca juga :  Sambal Ikan Bilis Belimbing Buluh kalau ada memang bertambah-tambah selera. Nak buat pun senang je!

Cara untuk membuat dan memasaknya:

  1. Cuci ketam bersih, belah dua, toskan. Kemudian blend bahan bertanda * sampai halus. Kalau tumbuk guna lesung lagi sedap, tumbuk kunyit & cili api sahaja.
  2. Masukkan bahan blend * kedalam periuk, guna api sederhana. Masak sampai mendidih.
  3. Masukkan ketam, serai & asam keping kacau rata. Guna sederhana perlahan, tutup dengan penutup periuk biarkan ketam masak dalam 5-8 minit. Buka penutup, kacau setiap 3 minit supaya tak hangus atau melekat. Masa ni boleh masukkan garam untuk bagi rasa pada ketam.
  4. Bila warna ketam sudah bertukar, dan warna kunyit meresap kedalam ketam boleh masukkan santan dan daun kunyit.
  5. Sentiasa kacau sehingga kuah mendidih dengan sekata.
  6. Rasa kuah, boleh tambah garam kalau tak cukup masin. Tambah serbuk perasa kalau nak.
Baca juga :  Cara untuk membuat Daging Bakar / Salai Masak Lemak. Serius sedap sehingga menjilat jari!

Siap! Boleh hidang.

Resepi ini telah dikongsikan disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.