Resepi Kuih Cakoi Simple

Kuih cakoi senang kerana boleh dibuat dengam memggunkan resepi donut. Cuma bezanya ialah doh menanjang dicantum 2 menggunakan air dan chopstick saja. Boleh dimakan dengan kaya manis atau cicah dengan kari pun sedap. Jom tengok resepi ni.

Bahan A :

¹/2 kilo tepung gandum + ¹/2 peket yis mauripan. Gaul bersama.

Bahan B :

2 sudu majerin + 2 sudu gula pasir + 2 sudu besar susu pekat manis.

Cara :

  • Campur A & B. Gaul bersama.
  • Guna air sejuk peti ais. Lebih kurang 1¹/4 cwn.
  • Uli hingga adunan tak melekat di tangan.
  • Perap hingga naik & kembang. Lebih kurang 1 jam tau.
  • Canaikan doh & potong ikut bentuk yang kita suka.
  • Goreng dengan api yang sederhana.
Baca juga :  Senang je rupanya untuk buat Kuih Cakoi ni. Kali ni kita guna sukatan cawan je sekali dengan cara buat pencicah kaya!

Boleh tengok pada gambar untuk cara penyediaan yang lebih jelas. Selamat mencuba.

2 thoughts on “Resepi Kuih Cakoi Simple

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.