Resepi Kuih Cucur Jawa atau Penyaram. Rasa sekali pasti nak banyak lagi.

Resepi Kuih Cucur Jawa @ Penyaram. Mesti ada yang pernah makan kuih ni kan? Sedap tau. Jadi kami kongsikan kepada anda resepi untuk membuat kuih ni. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 cawan air kelapa tua/air biasa.
  • 1 cawan tepung beras.
  • 1 cawan tepung gandum.
  • 1 cawan gula merah.

Cara membuat:

  1. Satukan tepung gandum, tepung beras dan air. Gaul hingga sebati.
  2. Masukkan gula merah dan gaul lagi. Setelah sebati tapiskan adunan.
  3. Panaskan 2 senduk minyak masak dengan api kecil, pastikan minyak betul-betul panas baru masukkn 1 senduk adunan kuih cucur. Goreng hingga kembang, dan terbalikkan sekejap dan angkat lalu tapiskan minyak.
Baca juga :  Cara-cara untuk membuat Kuih Bahulu Gebu. Rangup diluar tapi super lembut didalam!

P/s: Kuih ni saya tak perap pun ea, dah siap adun tu saya terus jek goreng. Tapi kalau nak perap pun tak apa, contoh nak buat sebelah malam then simpan dalam peti sejuk, pagi esoknya bary goreng boleh jek. Selamat mencuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Emy Zueriyna. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.