Resepi Lala masak Hoisin yang sangat menggiurkan! Menu yang pasti anda suka pada suapan pertama.

Hari tu pergi pasar, nampak lala. Ada orang panggil ‘retak seribu’. Teringat dekat dalam peti ais di rumah ada sos hoisin. Terus terbayang lala masak hoisin.

Pernah cuba? Resepi ini telah dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan. Terima kasih dan selamat mencuba semua.

Bahan-bahan: (3-4 orang)

  • 750g lala / retak seribu.
  • 1 tangkai daun bawang.
  • 3 inci halia.
  • 1 labu bawang putih.
  • 4-5 sudu besar sos hoisin.
  • 1-2 tangkai cili merah / api.
  • 1 sudu besar tepung jagung.
  • Garam mengikut citrasa.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Pertama sekali, tumis bawang putih dan halia sampai naik bau wangi.
  2. Lepas tu baru masukkan cili. Tadi saya potong cili, terlupa nak cuci tangan dahulu sebelum betulkan cermin mata. Sekarang mata saya dah merah dan kabur sebelah.
  3. OK sekarang dah boleh masukkan sos hoisin. Sos hoisin ni rasa dia masin, manis, dan sikit masam. Rasa umami dia padu! Kalau masak dengan makanan laut memang sesuai.
  4. Lepas masukkan sos hoisin tadi, terus masukkan lala dan gaul. Tak perlu masukkan air. Nanti lala tu akan mengeluarkan air. Masak dalam 5 minit sampai kulit lala dah tak ada warna kelabu. Dia jadi warna kuning.
  5. Kemudian boleh pekatkan kuah yang terhasil dengan bancuhan air tepung jagung. Gaul sehingga kuah jadi pekat. Siap!
  6. Akhir sekali, tabur daun bawang. Hidang! Kalau kau orang masak ni, mesti semua orang tertanya-tanya apa masakan ni. Lain daripada kebiasaan.
  7. Terliur dah ni. Lala masak hoisin ni sedap makan dengan nasi putih. Rasa dia pedas-pedas manis. Tak terlalu berat rasa dia. Satu kelainan yang perlu dicuba!
Baca juga :  Fettucine Carbonara lemak berkrim. Fuhh tengok gambar pun dah tergoda selera!

Selamat melala semua! sedap punya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.