Resepi lengkap untuk membuat Nasi Briyani Padu bersama Kari Kambing / Ayam Viral Adabi. Pasti puas hati.

Resepi lengkap untuk membuat Nasi Briyani Padu bersama Kari Kambing Viral Adabi. Pasti puas hati. So jom kita cuba resepi yang pernah viral seketika dahulu tapi kita olah sikit guna apa yang ada kat dapur.Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Afidah Catalyst. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Kari kambing adabi 2 tin. Boleh juga guna daging atau ayam.
  • Beras basmathi 4 pot. Basuh dan rendam air 15 – 30 minit. Tapis selepas 30 minit.
  • Tomato 1 biji potong dadu.
  • Bawang besar 1 biji hiris nipis.
  • Halia 2 inci hiris nipis.
  • Rempah 3 sekawan.
  • 3 helai daun pandan.
  • 3 biji cili besar hijau @ merah.
  • Susu cair @ fresh separuh cawan.
  • Planta 1 senduk.
  • Telur rebus ikutlah berapa biji.
  • Kiub pati ayam separuh.
  • Air 1 tin kari kambing
  • Sedikit garam.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Masak Madu yang tersangat mudah. Kegemaran anda seisi keluarga.

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan planta & tumis rempah 3sekawan. Masukkan halia & masak sehingga kekuningan.
  2. Masukkan bawang besar & daun pandan. Masak sehingga layu.
  3. Masukkan kiub pati ayam, tomato & susu fresh. Biarkan sehingga mendidih dan masukkan kari kambing & garam. Masukkan air dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan beras dan biarkan sebati dengan kuah. Tak payah lama lama sangatt.
  5. Pindahkan ke dalam periuk nasi elektrik, masukkan telur rebus dan cili besar. Masak seperti biasa. Sesekali jenguk dan kacau kacau nasi tu jika perlu.
  6. Dah siap, bolehla hidang! Kalau rajin buatlah acar, kemalasan melanda tadi. Nak lagi sedap boleh tabur hirisan daun ketumbar.
Baca juga :  Cara untum membuat Udang Masak Merah Madu. Menu Lunch yang sangat lazat untuk anda sekeluarga.

Kalau rajin masaklah ayam merah takpun dalca takpun sup kosong tapi itulah saya tak berapa nak rajin. Makan macam ni pun sedap sangat dah. Rasa dia sedap cukup rasa! Aroma semerbakk satu rumah! Kari kambing Adabi tu cik Fide beli kat Shopee je . Nak cari kat kedai kemain payah. Okay selamat mencubaa!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.