Resepi Maggi Goreng. Mudah dan Sedap. Sesuai sangat kalau lapar tengah malam ni.

Banyak kali cuba buat maggi goreng, yang ni yang paling kena kat tekak. So kita share kat sini. Resepi dan cara untuk Maggi goreng yang mudah dan sedap.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 paket maggi perisa kari.
  • Bawang merah.
  • Bawang putih.
  • Ayam.
  • Sos cili 2 sudu makan.
  • Kicap pekat 1 sudu makan.
  • Perencah maggi – 2 paket.
  • Telur.
  • Cili merah.
  • Daun sup.

Cara membuatnya:

  1. Celur maggi jangan sampai lembik sangat – ketepikan.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan ayam. Ayam dah agak-agak masak, masukkan sos cili, kicap pekat dan perencah maggi kari.
  4. Gaul sebati. Masukkan maggi. Gaul sebati. Masukkan sayur. Gaul sebati. Alihkan maggi ke tepi sedikit, masukkan telur dan kocak-kocak sampai telur tu hampir masak.
  5. Kemudian baru gaulkan sekali dengan maggi. Tutup api. Masukkan cili dan daun celery dan gaul sekejap bagi sebati.
  6. Siap dan bolehlah dihidangkan. Tak perlu tambah garam atau perasa lagi tau.
Baca juga :  Cara terbaik untuk membuat Mee Kari Chinese Style yang sangat padu!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.