Resepi Mango Cheesecake

Kali ni kami kongsikan pula resepi Mango Cheesecake untuk anda semua cuba dirumah. Selamat mencuba. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Mango cheesecake adalah seperti berikut:

Bagi lapisan bawah Kek.

  • Cairkan mentega separuh. Bila dah cair masukkan pula biskut Marie yang telah dihancurkan.
  • Kacau-kacau kemudian masukkan ke dalam loyang dan padatkan. Biskut Marie yang digunakan dalam anggaran 20 hingga 25 keping.

Bagi Lapisan kedua.

  • Kisarkan Cream cheese yang 250 gram kemudian masukkan whipping cream sekotak kecil dan gula icing dalam 2 atau 3 sudu (kalau nak manis tambah lagi mengikut kesesuaian anda).
  • Bancuh gelatin dalam satu sudu besar bercampur air panas dalam 3 sudu besar. Kacau sampai sebati kemudian masukkan dalam adunan yang telah dikisar tadi. Kisar sampai sebati. Dalam Creamcheese kalau nak letak puri manga atau manga yang potong kecil-kecil pun boleh.
  • Masukkan adunan yang telah dikisar tadi keatas lapisan pertama. Biarkan beku dalam 15 hingga 20 minit.
  • Untuk puri mangga. Kisarkan mangga sehingga betul-betul halus barulah dicampur dengan gelatin 1 sudu besar yang dah siap di bancuh dengan air panas. Manga untuk puri saya saya pakai sebiji.
  • Masukkan ke dalam loyang tadi. Pastikan Creamcheese dah beku. Takut nanti adunan bercampur.
  • Letak mangga yang dah di potong kecil. Terpulang pada kreativiti anda untuk menghiasnya.
  • Sejukkan kek anda tadi dan tunggu dalam  tempoh 4 atau 5 jam sebelum dipotong makan.
Baca juga :  Resepi sarapan pagi yang mudah. Cara untuk membuat Roti Puri yang menyelerakan.

*Resepi asal ini disumbangkan oleh Puan Nuryatie melalui Facebook Masak Apa Hari Ni dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.