Resepi Mee Kari dan cara lengkap untuk menyediakanya

Kami nak kongsikan kepada anda cara lengkap untuk membuat Mee Kari lengkap dengan aksesorinya sekali. Tengok gambar pun dah telan air liur kan. Resepi ini telah dikongsikan oleh Fara Lome. Kata dia konon masak untuk minum petang, tapi sejam dua lepas lunch dha bedal dah. Akibat kalau standby awal. Resepi Kuah Mee kari untuk sebungkus mee yang paket besar.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Daging Ayam yang telah dipotong kecil.
  • Sedikit Udang.
  • Sebiji kelapa untuk santan. Air dalam 2 liter.
  • 1 kiub ayam.

Bahan-bahan yang perlu dikisar:

  • 4 biji bawang merah 4 biji.
  • Seulas bawang putih.
  • Segenggam Udang kering. Untuk naikkan bau mee kari.
  • Cili kering secukupnya. Lagi banyak lagi pedas.
  • 2 batang serai diketuk.
  • Serbuk cili dan Serbuk Kari daging (sepaket Kecil).
Baca juga :  Resepi Kerabu Belimbing Buluh Daun Selom

Cara masak dan menyediakannya:

  1. Tumiskan bahan kisar dan serai sehingga naik bau dan bawang masak dengan elok. Masukkan serbuk kari dan serbuk cili. Tumis lagi sehingga naik minyak. Waktu menumis ni letak terus gula dan garam. Nanti bila dah masak baru ejas balik rasanya.
  2. Masukkan ayam dan biarkan air ayam sehingga kering sedikit.
  3. Kemudian, masukkan santan dan kacau sehingga mendidih. Masukkan pula kiub ayam, udang, tauhu lampung dan kerang jika ada.
  4. Perasakan dan sesuaikan rasanya. Biarkan mereneh sehingga naik minyak dan warna bertukar perang keemasan macam dalam gambar. Bila dah naik minyak dan warna akan menjadi cantik dan sedap. Siap.
Baca juga :  Cara untuk membuat Masakan Tom Kha Gai atau Thai Coconut Chicken Soup. Semua rasa dihimpunkan dalam satu hidangan yang padu!

Bahan untuk hiasan tambahan:

Fishcake, FishBall, Telur rebus, Bawang goreng, Cili merah dipotong, Sawi dicelur, Taugeh dan daun sup.

Fishcake dan fishball tu nak masukkan terus dalam kuah pun boleh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.