Resepi mudah untuk membuat Ayam Bakar Bijan. Kesedapan berjus sehingga ke gigitan terakhir.

Resepi mudah untuk membuat Ayam Bakar Bijan. Kesedapan sehingga ke gigitan terakhir. Saya guna air fryer je ni. Bolehla korang buat masa free nanti. Nak jadikan lauk nasi ayam pun boleh. Sedap dan berjus sangat.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Addarosa Rose Garden. Terima kasih.

Bahan-bahan Sos Perap / Bahan Perap yang diperlukan adalah:

  • Ayam secukupnya dan dibersikah terlebih dahulu.
  • Minyak binjan 1 sudu besar atau secukupnya.
  • Sesuku Kiub Pati ayam.
  • Sedikit sos sotong.
  • Madu secukupnya.
  • Sedikit Bijan yang telah disangai.
  • Herba kering iaitu Rosemary, Oregano dan basil secukupnya.
  • Sedikit sos cili.
  • Daun bawang secukupnya sebagai penaik rasa.
Baca juga :  Resepi Kari Ayam Kapitan Pulau Pinang yang paling sedap dan paling nikmat!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Ayam rebus dulu atau supkan dengan bawang putih dadu, perasakan dengan garam dan cukup rasa kalau nak. Bila dah masak ayam angkat toskan.
  2. Sediakan bahan perap dengan campurkan kesemua bahan. Kacaukan bagi sekata semua baru tuang dan sapukan kepada keseluruhan ayam yang hendak dibakar. Tabur sikit daun bawang.
  3. Kemudian, perapkan selama lebih kurang 1 jam pun dah cukup.
  4. Bakar menggunakan air fryer 10 minit (sampai kuning keemasan) pada suhu 180 darjah.


Selamat mencuba. Kalau korang suka daging pun boleh guna cara ini. Sedap tau. Cari la yang lembut dan lama sikit perap. Silalah cuba. Semoga bermanfaat. Selamat menjamu selera.

Baca juga :  Cara-cara untuk membuat Korean Spicy Chicken bersalut sos korea yang pedas manis madu. Rangup dan pedas-pedas manis untuk selera anda!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.