Resepi Nasi Ayam Hainan. Rasa sekali pasti anda nak banyak lagi!

Resepi Nasi Ayam Hainan. Resepi Nasi Ayam boleh mengenyangkan seramai 10 Orang. Resepi ini telah dikongsikan oleh Encik Naim. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 4 Cawan Beras Wangi/Biasa.
  • 4 Cawan air.
  • 4/5 Paha Ayam.
  • 1 bawang besar holland (Potong 4).
  • 2 kiub ayam maggi.
  • 3 inci halia (Potong halus).
  • 2 sudu sos tiram.
  • 1 tangkai daun bawang.

Cara memasaknya:

  1. Campur semua, letak ayam, bawang, daun bawang d atas sekali.
  2. Masak dengan api perlahan 25 minit atau sehingga nasi masak. Tutup kuali/periuk dengan penutup kuali naa..
  3. Ayam boleh goreng utk bagi garing kulit atau biarkan stim dan boleh potong ikut suka.
Baca juga :  Cara untuk membuat Acar Jelatah yang sangat ringkas tapi sedap. Hanya perlukan 5 minit sahaja.

Bahan untuk memasak Taugeh / Sayur pula:

  • 4 ulas bawang putih.
  • 2 sudu sos tiram.
  • 2 sudu minyak.

Cara memasaknya:

  1. Bawang putih potong dadu, goreng dengan minyak.
  2. Masukkan sos tiram, goreng sekejap.
  3. Masukkan sayur.

Hehe selamat mencuba. Terima kasih. Resepi ni tak perlu garam atau gula ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.