Resepi Nasi Goreng Padprik Udang yang menyelerakan. Mudah dan cepat disediakan!

Malam ni kita masak menu Selatan Thai. Nasi Goreng Padprik Udang. Mak andeh sengih je balik dari opis. Jemput makan semua.

Bahan yang diperlukan Untuk Nasi Goreng adalah:

  • Nasi putih 2 mangkuk.
  • 3 ulas bawang putih diketuk.
  • Bawang holland dihiris.
  • Cili api diketuk.
  • Cili boh.
  • Sos tiram.
  • Nampla atau sos ikan.
  • Telur ayam sebiji.
  • Sayur Pak Choy atau sawi cina.

Cara memasaknya adalah:

  1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih, bawang Holland, cili api. Kacau dan bila dah ok massukkan pula cili boh.
  2. Tumis sampai cili masak. Kemudian masukkan sos tiram dan nampla (Sos Ikan)
  3. Pecahkan telur ayam tadi dan masukkan nasi. Kacau rata. Yang penting api bagi besar.
  4. Akhir sekali masukkan sawi. Kacau rata lagi dan  tutup api.
Baca juga :  Cara-cara untuk membuat Putu Mayam. Mudah dah pasti anda puas hati dengan hasilnya nanti!

Resepi Padprik Udang:

  • Isi udang.
  • Bawang Holland dihiris.
  • 3 ulas Bawang putih diketuk.
  • 5 tangkai cili api diketuk.
  • Kacang panjang dipotong memanjang.
  • Cili Boh.
  • Sos cili.
  • Sos tiram.
  • Nampla atau sos ikan.
  • Sedikit gula.
  • Daun limau purut.

Cara memasaknya:

  1. Panaskan minyak. Masukkan Bawang putih.
  2. Masukkan cili Boh. Tumiskan sampi cili masak. Masukkan pula udang dan gaul rata.
  3. Kemudian masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau rata. Campakkan daun limau purut, Nampla atau sos ikan dan kacau rata lagi.
  4. Akhir sekali masukkan Kacang panjang, cili api dan bawang holland. Kalo sos pekat sangat, boh air sedikit. Siap untuk dihidangkan bersama Nasi Goreng tadi. Selamat mencuba.
Baca juga :  Cara untuk membuat sendiri Fish Cake sendiri. Pastinya diyakini dan berbaloi-baloi!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Encik Emee Sham. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.