Resepi Nasi Goreng Udang Kering. Sarapan anda pasti menyelerakan!


Resepi Nasi Goreng Sambal Udang Kering dan Cendawan Butang. Sarapan yang akan membuat anda kenyang lama! Terima kasih kepada Puan Nurul Ateekah untuk resepi yang padu ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Nasi 5-6 cawan.
  • Cendawan butang secukupnya.
  • 5 ulas Bawang putih diketuk.
  • 2-3 biji Bawang merah dihiris.
  • Sambal udang kering 5 sudu besar.
  • Telur 5 biji.
  • Light soy sauce 1 sudu kecil jika mahu.
  • Sos tiram 2 – 3 sudu besar.
  • Sos ikan 1 – 2 sudu besar.
  • Serbuk perasa 1 sudu besar.
  • Cili merah 1 batang dihiris.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal Ikan Bilis Kacang Buncis. Resepi yang sangat mudah disediakan.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga keperangan atau naik bau.
  2. Masukkan bawang merah dan masak sehingga layu.
  3. Kemudian masukkan telur ( pecahkan telur di dalam kuali ) masak seketika.
  4. Masukkan cendawan butang, cabai merah, sos tiram, light soy sauce dan sambal udang kering dan gaulkan rata.
  5. Masukkan nasi dan gaulkan kesemuanya.
  6. Masukkan serbuk perasa dan sos ikan. Gaulkam kesemuanya sehingga rata dan masak sehingga sedikit berasap nasinya.
  7. Angkat dan siap untuk dihidang.

Selamat Menjamu Selera.

Baca juga :  Resepi Nasi Goreng Cina telur mata. Menu sahur anda yang sedap dan terbaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.