Resepi Puding Roti Tanpa Telur

Resepi yang dikongsikan ini adalah Resepi Puding roti tanpa telur. Kebanyakkan dari kita yang biasa buat puding roti ni mesti letak telur dan tak pernah terfikir bagaimana kalau telur tiada boleh ke buat? Namun Puan Safya Samsol membuktikan ianya boleh dilakukan dan tak sangka ianya sedap.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 bungkus roti butterscooth.
  • 3 cawan susu.
  • 2 sudu besar tepung kastard.
  • 3 sudu besar gula.
  • 1 sudu besar magerin

Cara untuk menyediakannya adalah seperti berikut:

  • Campurkan semua bahan diatas dan masak diatas dapur sebentar sehingga sebati dan mendidih.
  • Carikkan roti dan curahkan kuah yang telah disiapkan tadi.
  • Bakar dalam Air Fryer pada suhu 160 darjah selama 10 minit.
Baca juga :  Resepi mudah untuk membuat Ayam Bakar Bijan. Kesedapan berjus sehingga ke gigitan terakhir.

Bagi menyediakan Kuah Kastard pula, bahannya adalah seperti berikut:

  • 2 sudu kecil tepung kastard.
  • 1 tin susu cair.
  • Setengah cawan air.
  • 3 sudu besar gula.

Masak bahan-bahan di atas sehingga sebati, pukul dengan menggunakan api yang kecil untuk menggelakkan ianya berketul. Bila dah masak, sejukkan dahulu sebelum ianya dimasukkan ke dalam peti sejuk. Pastikan kuah telah betul-betul sejuk untuk mendapatkan tahap kenikmatan tertinggi bila makan nanti. Selamat Mencuba.

*Resepi asal ini disumbangkan oleh Puan Safya Samsol melalui Facebook Resepi Air Fryer [Malaysia] dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.

Baca juga :  Resepi Puding Roti yang laku keras musim PKP ni. Mudah untuk disediakan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.