Resepi Puding Tembikai yang sangat menyegarkan. Lembut dan cair dalam mulut!

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Selamat Hari Raya. Puding Tembikai rugi sebab kulit tebal isi sikit jeh. Ni ha resepi saya share. Nanti lebihkan warna merah yek. Untuk isi banyak. Boleh jual RM2.50 sekilo hehe. Resepi Puding Tembikai ini telah dikongsikan oleh Puan SN Azreen Zaimi. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • * 3 keping roti putih dipotong bahagian tepi dan dipotong kuib kecil.
  • * 1 tin susu cair.
  • * 4 sudu besar susu pekat manis.
  • * 1 biji Telur Ayam Gred A.
  • 10 gram serbuk agar-agar.
  • 4 sudu besar gula pasir.
  • 2 cawan air.
  • 1 sudu kecil esen vanila.
  • Pewarna pilihan merah dan hijau.
  • Loyang bulat.
Baca juga :  Cara untuk membuat Pencuci Mulut Jeli Kelapa

Cara-cara membuatnya:

  1. Kisarkan kesemua bahan yang bertanda *. Kemudian, masukkan 2 cawan air ke dalam periuk. Panaskan dan masukan
  2. Kacau hingga agar-agar dan gula melarut. Kemudian, tambah 1 sudu kecil esen vanilla bersama-sama bahan yang dikisar tadi.
  3. Bahagikan kepada 3 adunan kemudian letakkan warna merah, hijau dan warna original.
  4. Sediakan loyang bulat. Basahkan loyang untuk mudah keluarkan puding nanti.
  5. Tuang adunan hijau diikuti original dan merah. Sejukkan dalam peti sejuk.
  6. Potong dan letakkan coklat chip untuk bijinya. Siap untuk dihidangkan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Puding Labu sedap berlemak. Makan sejuk-sejuk memang padu la!

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.