Resepi Putu Mayam Simple Menggunakan Bihun Sahaja


Teringin sangat nak makan putu mayam tapi susah nak dapat orang jual musim-musim PKP ni. Jadi saya google la macamana nak buat Putu Mayam ni. Jumpa la satu resepi yang agak mudah untuk dibuat. Saya kongsikan kepada anda resepi untuk membuatnya disini ya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Bihun
  • Pewarna
  • Kelapa parut
  • Gula perang
  • Perisa pandan / daun pandan

Cara untuk menyediakanya adalah seperti dibawah:

  • Rendam bihun dalam air panas lebih kurang 5 minit bersama pewarna yang anda mahukan.
  • Dah 5 minit, toskan air dan biarkan lebih kurang 10 minit.
  • Masukkan perisa pandan @ daun pandan dalam pengukus. Ini bertujuan nak bagi bau wangi pada bihun tadi. Kukus kelapa yang diparut lebih kurang 3-4 minit kemudian keluarkan. Gaul kelapa dengan secubit garam untuk menambah rasa lemak.
  • Kukus pula bihun tadi yang dah dipusing secara membulat dengan tangan (tengok gambar). Kukus lebih kurang 8-10 minit.
  • Angkat dan penyek-penyekkan. Saya guna plastik jer nak bagi dia mampat. Tunggu sejuk sikit dah boleh dihidangkan bersama gula perang dan kelapa parut tadi.
Baca juga :  Resepi dan Cara membuat Sambal Kentang Kering yang rangup dan sedap!

P/s : Alkisah pewarna hijau kat umah saya dah habis. Tinggal warna biru jee so belasah je la ape yang hado. Selamat Mencuba!!

*Resepi asal ini disumbangkan oleh Puan Nur Amirah Shamsuri‎ melalui Facebook Masak Apa Hari Ni dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.