Resepi Ramadhan cara untuk membuat Daging Masak Merah ala Thai yang bakal menjadi salah satu menu sahur dan berbuka anda.

Daging masak merah ala Thai cara Aisyah Humaira. Cantikkan warna merah daging saya guna sos bawang warna merah tu atau boleh guna pewarna merah jom tgk resepi.

Bahan utama:

  • Daging secukupnya.

Cuci bersih dan rebus hingga empuk bersama sos bawang atau boleh juga guna pewarna merah. (zie rebus 30-35 minit menggunakan api kecil) kalau air kering tambah lagi. Bila daging dah empuk sejukan dan hiris nipis-nipis.

Bahan Tumis:.

  • 2 ulas bawang putih dicincang.
  • 1 biji bawang besar dihiris tebal.
  • 4 sudu besar cili boh.
  • 4 sudu besar sos cili.
  • 2 sudu besar sos tomato.
  • 3 sudu besar sos tiram.
  • 1 sudu besar sos merah bawang (jika tiada boleh guna beberapa titik pewarna merah).
  • 1 sudu besar penuh tepung jagung dibancuh dengan sedikit air.
  • Garam, gula, secukup rasa dan serbuk perasa jika perlu.
  • Tambahan: apa-apa sayur kegemaran.
Baca juga :  Cara-cara untuk membuat Mee Celup Thai. Setiap hirupan dan suapan pasti mengasyikkan selera anda!

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih. Kemudian, masukkan daging. Bila bawang putih tadi hampir garing terus masukkan bawang besar dan semua jenis sos dan bahan berbaki satu persatu kecuali air tepung jagung dan sayur.
  2. Setelah mendidih masukkan air tepung jagung, sayur dan air mengikut banyak kuah yang diingini kacau sebati.
  3. Seimbangkan rasa bila dah puas hati boleh tutup api dan siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.