Resepi Red velvet Oreo Cheese Cake Tanpa Bakar

Red velvet Oreo No Bake Cheese Cake. Resepi ini adalah resepi lama dan diberi nafas baru. Biskut je perisa baru.

Maaf ye semua. Resepi sama je dengan oreo yabg coklat tu. Cuma biskut tu je digantikan dengan Oreo Red Velvet. Biskut tu ada jual kat Speedmart dan pasaraya. Tempat lain saya tak past.

Bahan yang diperlukan untuk membuat Base Cake OREO:

  • 1 Bungkus Oreo Red Velvet (Pack Besar). Asingkan krim putih dan biskut perlu dihancurkan.
  • 3 sudu besar mentega dicairkan. Sebatikan bahan-bahan diatas dan tekan biar mampat. Dah siap, letak dalam fridge dan bekukan selama lebih kurang 15 minit.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kek Pavlova paling mudah dan cepat. Sesuai untuk suasana minum petang yang santai.

Cara dan bahan untuk membuat Cream Cheese:

  • 500 gram Cream Cheese (saya guna Tartura).
  • 200 ml Whipping Cream (saya guna Anchor).
  • Krim Putih Oreo. Double boil kan sampai krim putih Oreo tadi cair.
  • 2 sudu besar lemon (optional).
  • 3 sudu besar gula castor.
  • 1 sudu besar serbuk gelatin ditambah bersama 2 sudu besar air masak dan kacau sampai warna menjadi jernih atau putih.
  • 1/2 bungkus oreo tadi dipatah-patahkan.

Caranya:

  • Putar Cream Cheese dan gula sampai hilang ketul-ketul dan gula hancur.
  • Masukkan Whiping Cream, Krim Putih Oreo, Gelatin dan air lemon, putar lagi sampai sebati dan nampak gebu cantik.
  • Letakkan Oreo yang telah dipatah-patahkan dalam adunan Cream Cheese kemudian kacau sekejap.
  • Akhir sekali, letakkan adunan Cream Cheese diatas Base Oreo yang telah dibekukan. Kemudian, hias dengan Oreo yang berbaki mengikut kreativiti. Bila dah siap deko, masukkan dalam peti ais semalaman sebelum dimakan keesokannya.
Baca juga :  Cara untuk membuat Cupcakes Coklat Oreo hanya dengan 3 bahan sahaja!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Rohasliza Amat. Terima kasih ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.