Resepi Sambal Tumis Kerang yang menyelerakan.

Masak seadanya. Masa macam ni, kerang tengah banyak dan murah. Kalau jumpa yang jual isinya saja pun dah OK. Syukur, alhamdulillah. Jom cuba resepi Sambal Tumis Kerang. Selamat mencuba.

Bahan-bahan (3-4 orang):

  • 2 biji bawang besar*.
  • 4 ulas bawang putih*.
  • 20 tangkai cili kering*.
  • 1 helai daun pandan (simpul).
  • 1-2 sdb air asam jawa.
  • 1 mangkuk (+-200g) isi kerang.
  • 1 biji bawang besar (hiris bulat).
  • Garam & gula secukupnya.

Cara Penyediaan:

  1. Kisar bahan-bahan yang bertanda * dengan minyak masak secukupnya.
  2. Panaskan kuali. Masukkan bahan kisar & daun pandan. Tumis sehingga pecah minyak & sambal bertukar ke warna merah gelap. Ulang 3x jika rajin macam saya.
  3. Masukkan air asam jawa & gula pasir.
  4. Masukkan pula hirisan bawang & isi kerang.
  5. Perasakan dengan garam & sedikit lagi gula (jika perlu). Kacau rata & sedia untuk dihidangkan.
Baca juga :  Cara dan resepi lengkap untuk membuat Ayam Masak Kalio, Masakan minang tersedap.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Noor Ashikin Saerah. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.