Resepi Sayur Sweet Peas Bebola Ikan bersos Tiram. Anak anda pasti suka makan sayur lepas ni!

Kegemaran anak-anak bila dah petang suka meratah sayur macam ni makan dengan nasi putih. Cubalah! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 15 batang sweet pea.
  • ½ biji lobak merah dipotong.
  • 3 cendawan butang.
  • 1 batang cili merah dihiris.
  • 3 ulas bawang putih dipotong serong.
  • 1 biji telur.
  • 2 sudu besar Sos tiram.
  • ½ sudu kecil Serbuk lada putih.
  • ½ cawan air.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak dan goreng telur. Bila dah siap ketepikan.
  2. Tumis bawang putih sehingga keperangan kemudian masukkan kepingan bebola ikan.
  3. Masukkan sayur-sayur, serbuk lada putih, sos tiram dan air.
  4. Gaul rata dan akhir sekali masukkan telur yang telah digoreng tadi. Dah siap  dan sedia untuk dihidangkan.
Baca juga :  Resipi Sotong Kukus Limau Mudah Dan Menggiurkan

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.