Resepi Sotong Masak Hitam Pedas-pedas manis. Kegemaran anda sekeluarga!

Sotong hitam ialah resepi yang mudah dan cepat masak setiap Hari. senang dan mudah puila untuk menyediakanya. Apa yang pasti ianya salah satu kegemaran masakan sotong yang saya suka.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Sotong 500 gram.
  • Dakwat sotong.
  • Cili kisar 5 sudu besar.
  • Perahan Asam jawa 1 sudu besar.
  • Serai 1 batang diketuk.
  • Halia 1 cm dihiris.
  • Lengkuas 1 cm dihiris.
  • Daun limau purut 2 keping.
  • Serbuk belacan 1 sudu kecil.
  • Cili padi hijau 10 batang.
  • Bawang putih 3 atau 4 ulas diketuk.
  • Bawang besar 1 biji dipotong bulat.
  • Garam,┬áSerbuk perasa secukupnya.
  • Sedikit serbuk kunyit.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ikan Siakap Masak 3 Rasa atau nama Original Thailand Pla Rad Prik. Selamat mencuba!

Cara untuk memasak dan membuatnya:

  1. Masak air sehingga mendidih dan masukkan sotong dan renehkan selama lebih kurang 2 hingga 3 minit kemudian toskan.
  2. Panaskan minyak secukupnya kemudian tumiskan bawang putih dan serai sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar, masak sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan cili padi hijau, daun limau purut, halia, lengkuas dan serbuk belacan dan diikuti dengan perahan air asam jawa.
  4. Masukkan sotong, dakwat sotong dan bawang. Gaul rata dan masak seketika. Perasakan dengan garam dan secukup rasa.
  5. Angkat dan siap untuk dihidang.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sup Cendawan yang sedap, pekat dan pasti menawan selera anda.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.