Resepi Spaghetti Carbonara Tomyam yang sangat sedap. Tak rugi punya.

Hari ni kita go for western lah. Tukar selera sikit. Spicy Spaghetti Carbonara Tomyam. Creamy + masam masam pedas. InshaAllah sedap. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Aien Mohamad. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk 3 orang makan:

  • 2 sudu besar buttercup.
  • 5 ulas bawang putih (cincang halus).
  • Cendawan butang.
  • Cili padi (kalau nak pedas).
  • 2 kotak kecil cooking cream brand Emborg/susu cair 400ml.
  • 2 sudu besar pes tomyam.
  • Udang.
  • Daun limau purut.
  • Spaghetti (rebus dulu selama 10 minit).

Cara penyediaanya:

  1. Cairkan buttercup. Tumis bawang putih sampai naik bau.
  2. Masukkan cendawan butang.
  3. Masukkan cooking cream. Guna susu cair pun boleh kalau tak ada cooking cream. Dan kalau nak lebih kuah, boleh lebihkan ya cooking cream/susu cair.
  4. Masukkan 2 sudu besar pes tomyam.
  5. Masukkan 1 sudu besar susu pekat. Ini untuk buatkan kuah lebih creamy. Kalau tak nak letak pun tak apa. Kacau sebati.
  6. Masukkan udang/sotong/ayam. Kemudian masukkan cili padi.
  7. Masukkan spaghetti dan daun limau purut. Gaul sebati dan siap!
Baca juga :  Cara membuat Resepi Jantung Pisang Goreng. Menu pelengkap jaudah dan pembuka selera anda. Boleh buat menu berbuka nanti!

Saya tak letak garam/gula sebab pes tomyam dan susu pekat tadi dah cukupkan rasa. Tapi korang boleh season to taste ikut selera ya.

Untuk ayam grilled pula:

Perap isi ayam dengan 5 ulas bawang putih yang telah ditumbuk + 2 sudu besar sos tiram + serbuk lada hitam + mixed herbs. Lagi lama perap, lagi sedap. Boleh grill guna magic pan/air fryer.

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.