Resepi Stew Ayam

Cara untuk membuat Stew Ayam. Resepinya adalah seperti berikut.

Senarai bahan yang diperlukan adalah:

  • 1/2 ekor ayam – potong ikut suka
  • 4 sudu besar butter
  • 1 biji bawang Holland – potong 6
  • 5 ulas bawang putih – hiris nipis
  • 1/2 inci halia – hiris nipis
  • 1 batang kulit kayu manis, 4 kuntum bunga lawang, 4 biji buah pelaga
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/4 sudu kecil lada hitam – tumbuk kasar
  • 1 biji ubi kentang – dipotong 4
  • 2 batang karot – potong besar
  • 1 biji tomato – potong 4
  • 1 biji cili benggala – potong serong
  • 2 1/2 cawan air
  • 1/2 sudu kecil garam dan 1 sudu kecil serbuk pati ayam
Baca juga :  Cara untuk Membuat Petai Jeruk sebagai pelengkap juadah anda. Padu dan mantap!

Caranya adalah seperti dibawah ini:

  1. Tumis bahan penumis dan bawang serta halia yang dihiris nipis hingga wangi. Masukkan tepung gandum dan digoreng dengan api perlahan supaya tepung agak masak.
  2. Masukkan ayam dan ubi kentang, karot dan dikacau rata. Masukkan sedikit air, kicap, garam, lada hitam dan serbuk perasa. Masak sehingga kentang empuk. Masukan cili benggala dan tomato, masak sampai lembut.
  3. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Tabur daun sup. Siap.

Terima kasih kepada pemunya resepi ini iaitu Puan Lina Thomas.

Baca juga :  Cara untuk membuat Popia Carbonara Frozen. Nanti nak masak tinggal goreng je!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.