Sup Telur Jejari Ketam ni pastinya menjadi menu pembuka selera yang terbaik untuk anda sekeluarga!

Resepi sup telur chinese style. Kebiasaannya sup ni dihidangkan di hotel. Kita buat dan tambah crab stick sebagai penambah selera.

Bahan-bahan utama yang diperlukan adalah:

  • Bawang putih (cincang halus).
  • Halia (cincang halus).
  • Kiub pati ayam (tiada MSG).
  • Filamen ketam (dihiris nipis).
  • Telur ayam (dibancuh).
  • Tepung jagung (dibancuh).

Cara memasak sup ini adalah seperti berikut:

  • Panaskan air di dalam periuk. Masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih.
  • Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak.
  • Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat.
  • Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal.
  • Tambahan perasa; secubit garam, sesudu kecil cuka, dan sesudu kecil kicap pekat.
  • Sedia dihidang/dimakan bersama daun bawang & minyak bijan.
Baca juga :  Resepi Sup Tulang Adabi yang sedap dan ringkas

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.