Resepi Telur Rebus Air Asam yang padu! Jom la cuba. Boleh jadi menu paling power untuk anda nanti.

Terima kasih yang share resepi telur ayaq asam ni dulu. Sedap gak la menambah seperiuk nasik hahaha. Boleh la jadikan menu untuk berbuka atau pun bersahur. Mudah je dan cepat nak disediakan. Rebus telur 7 minit pastu buat air asam 10 minit. Makan jangan tanya berapa minit sebab 2x tambah.

Resepi ini telah dikongsikan kembali oleh Puan Rara Zabidin. Selamat mencuba.

Bahan dan cara yang diperlukan:

Basuh telur ayam bersih-bersih dan masukkan dalam periuk. Jangan besar sangat biar ngam-ngam dengan telur lagi baik. Air sama paras dengan telur. Letak atas dapur dan buka api paling besar. Ingat PALING BESAR tau. Kalau tak nanti tak jadi. Set time 7 minit. Jangan lebih jangan kurang 7 minit. Nanti baru telur direbus dengan cantik.

Baca juga :  Resepi Telur Rebus Berlada Ikan Bilis. Mudah dan cepat disediakan.

Bahan untuk air asam:

  • Cili api, Bawang besar dan tomato. Hiris ke cincang ke ikut suka.
  • Asam jawa dan Garam secukupnya.
  • Ajinomoto secukupnya.
  • Air suam.

Cara untuk membuatnya:

  1. Bancuh dan sebatikan semua bagan untuk air asam.
  2. Kemudian, kupas telur bawah air paip sebab nak bagi telur tu elok licin tak koyak-koyak. Toskan & Potong letak dalam mangkuk.
  3. Masukkan cili, tomato dan bawang. Tuang air asam. Jangan makan terus. Korang rehatkan dulu biar semua rasa naik dalam 15 minit. Baru semua rasa menyerap dan sebati.
  4. Rasa dia lemak-lemak telur tu. Ada masam, masin, pedas dan paling penting rasa nak tambah nasi sepinggan lagi.
Baca juga :  Resepi Ikan Kembung Rebus Air Asam

Nak Share? Dipersilakan. Selamat mencuba guys.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.