Resepi Telur Rebus Berlada Ikan Bilis. Mudah dan cepat disediakan.

Kami nak kongsikan kepada anda Resepi Telur Rebus Berlada Ikan Bilis. yang sangat Mudah dan cepat untuk disediakan. Tidak sampai 20 minit untuk memasaknya. Pastinya menambah-nambah nasi bila memakannya.

Jom kita masak. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Terima kasih.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 8 biji telur direbus dan dibuang kulit.
  • Ikan bilis 2 sudu besar.
  • *Cili padi 3 batang.
  • *Cili merah 6 tangkai.
  • *Bawang merah 5 biji.
  • *Bawang putih 4 ulas.
  • Lengkuas 2 cm dihiris.
  • Halia 2 cm dititik.
  • Serai 1 batang dititik.
  • Daun limau purut 3 keping.
  • Tomato 1 biji dibelah 4.
  • Serbuk belacan 1 sudu kecil.
  • Serbuk kunyit ½ sudu kecil.
  • Garam dan serbuk perasa Knorr atau maggi secukupnya.
Baca juga :  Cara untuk membuat Asam Pedas Ikan Pari

Cara-cara untuk memasaknya:

  1. Kisar kasar atau kering atau tumbuk bahan yang bertanda *.
  2. Goreng telur yang dah direbus dengan sekadar sangai atas kuali dengan minyak yang panas. Dah siap angkat kang hangus pulak telur tu.
  3. Gorengkan ikan bilis mengunakan minyak yang baru. Goreng sehingga rangup.
  4. Kemudian, gunakan semula minyak goreng ikan bilis tadi untuk menuis serai, halia dan lengkuas sehingga naik bau.
  5. Masukkan cili yang telah dikisar atau tumbuk dan masak sehingga pecah minyak dan sedikit kering.
  6. Masukkan daun limau purut, serbuk belacan, serbuk kunyit, garam, serbuk perasa. Seterusnya masukkan tomato kemudian tumis lagi sehingga sedikit kering.
  7. Akhir sekali masukkan ikan bilis dan Telur. Gaul rata sehingga sebati. Taburkan daun ketumbar dan bawang goreng sebagai hiasan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Nasi Lemak menggunakan santan kotak. Rasa tetap padu beb dengan sambal yang memang enak!

Siap dah. Selamat mencuba semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.