Anda pasti suka dengan Kuih Cara Jagung lemak berkrim ni. Mudah je nak sediakan menu ini tau!

Ade peminat kuih ni dalam ni tak? Sedap, lembut & creamy. Kat luar ada jagung, kat dalam pun ada jagung. Jom kita cuba resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Nor Al Fatihah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 cawan jagung manis ala krim.
  • 3 cawan tepung gandum.
  • 1 cawan santan pekat.
  • 2 1/2 cawan air.
  • 1 biji telur.
  • 1 sudu teh garam halus.
  • Pewarna kuning.
  • 1 cawan gula pasir sebagai inti.
  • 2 helai daun pandan -di siat & di ikat utk sapu minyak.
  • Minyak secukupnya utk di sapu pada acuan.
Baca juga :  Resepi beserta video lengkap untuk membuat Kuih Bakul. Sedap rupanya kuih bakul ni. Anda cubalah!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan semua bahan-bahan kecuali jagung. Kacau dan blend sebati.
  2. Tuang ke dlm bekas & campur jagung. Kacau rata.
  3. Panaskan acuan kuih cara. Saya guna acuan bahulu saja sebab tak ada acuan Kuih cara. Sapu acuan dgn minyak menggunakan daun pandan.
  4. Kemudian, tuang adunan hingga penuh acuan. Biarkan seketika dlm 10 saat baru tuang gula di tengah-tengahnya. 1/2 sudu teh gula setiap satu kuih. Tutup & masak selama 5 minit di atas api kecil atau hingga permukaannya licin & di bawahnya sedikit garing.
  5. Cungkil dengan hujung sudu utk keluarkan kuih dari acuan. Sedia di hidangkan panas-panas.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Putu Kacang. Kuih tradisi yang makin susah nak jumpa ketika beraya.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.