Resepi untuk membuat Pencicah Thai Sedap dan Pedas

Kami kongsikan kepada anda untuk membuat Sos Pencicah Thai yang boleh dibuat makan bersama makanan yang lain. Selamat Mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti yang berikut:

  • *7 – 8 ulas Bawang putih.
  • * Beberapa cili padi bergantung kepada tahap kepedasan yang anda nak.
  • *Akar daun ketumbar.
  • 6 hingga 7 biji limau nipis.
  • 2 1/2 sudu besar sos ikan.

Kesemua bahan bertanda * diatas perlu ditumbuk atau dikisar.

Cara untuk menyediakan sos pencicah thai ini adalah seperti dibawah:

  1. Perahkan limau nipis kemudian letak sos ikan, gula dan sedikit garam sebab sos ikan dah masin
  2. Potongkan daun ketumbar dan gaulkan je kedalam adunan sos tadi. Siap!
  3. Info Tambahan: Jikalau pencicah tu pekat anda boleh tambah sedikit air suam untuk mencairkannya sedikit.
  4. Pencicah ini boleh digunakan untuk mencicah untk kerang, udang, sotong, ikan, dan ayam yang telah direbus ataupun dibakar.
Baca juga :  Cara untuk membuat Tauhu Sumbat Ayam yang sangat sesuai sebagai juadah sampingan untuk berbuka anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.