Resepi untuk membuat Penkek Nutella / Kaya yang mudah disediakan

Resepi ni memang sangat ringkas dan sangat mudah untuk disediakan. Sesuai untuk dijadikan sebagai sarapan ataupun menu minum petang anda. Anak-anak pasti suka. Cubalah resepi yang telah dikongsikan oleh Adri Oppa ni. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 1/2 cawan Tepung Gandum.
  • 1/2 cawan susu segar.
  • 1/2 cawan air.
  • 1 sudu teh tepung kastard.
  • Sedikit perasa vanilla.
  • 1biji Telur ayam gred A.
  • 1 sudu teh baking powder.
  • Kaya dan Nutella secukupnya.

Cara untuk membuat Pancake Kaya dan Nuttela

  1. Kisarkan ksemua bahan kecuali kaya / nutella dalam blender sehingga sebati.
  2. Masak adunan tadi diatas kuali non stick. Gunakan sudu susu untuk menyukat adunan.
  3. Bila dah hampir masak, letakkan inti yang anda pilih kemudian kapitkan. Jangan masak pancake sampai kering tau. Nanti susah nak lipat.
  4. Siap untuk dimakan. Selamat mencuba.
Baca juga :  Ini rahsia untuk jadikan Pancake Dorayaki anda naik elok dan gebu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.