Resepi untuk membuat Sosej Ayam bersayur. Berkhasiat terutamanya untuk anak-anak anda.

Resepi Sosej ayam bersayur ni sangat Berkhasiat dan sangat sesuai untuk anak-anak anda. Kita yang dewasa ni pun pasti akan suka sosej ini. Cubalah, terima kasih kepada page Koleksi Resepi Dan Petua Masakan Siim kerana berkongsi resepi ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 4 hingga 5 ketul dada ayam.
  • 2 biji telur ayam.
  • Sayuran yang dikehendaki seperti daun sup, carrot dan kentang.
  • Sebiji bawang besar.
  • 4 hingga 5 ulas bawang putih.
  • Sedikit lada hitam, lada sulah dan garam secukupnya.
  • 4 sudu tepung ubi.
Baca juga :  Resepi Laksa Kuah Lemak Terengganu

Caraa-cara untuk membuatnya:

  1. Campurkan kesemua bahan dan kisarkan.
  2. Kemudian, masukkan bahan-bahan tersebut kedalam plastik aiskrim ikat hujung kiri dan kanan. Kalau ada acuan lain nak guna bekas emapt segi ke bulat ke terpulang pada anda. Nak guna loyang pun boleh.
  3. Rebus atau kukuskan selama lebih kurang 10 – 15 minit.
  4. Siap dan boleh dimasak seperti biasa diatas kuali leper sebelum dimakan.

Selamat mencuba. Pemilik asal resepi ini tidak dapat dikesan. Jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk komen. Nanti kami kreditkan semula kepada anda. Terima kasih.

Baca juga :  Cara membuat Nasi Tomato beserta Ayam Masak Merah. Hidangan yang paling digemari ramai orang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.