Resepi untuk membuat Topokki (Kek Beras Korea)

Mesti ada antara anda yang gemar memakan makanan Korea. Jadi kali ni kami kongsikan resepi untuk membuat Kek Beras Korea atau lebih dikenal dengan nama Topokki.

Siapa sini suka makan Topokki (Korean Rice Cake)? Sebelum ni saya ada post resepi Topokki tapi resepinya agak susah sedikit sampaikan adik saya komplen dia gagal buat topokki mengikut resepi saya. So, kt sini saya buat topokki yg senang sehaja tetapi kekenyalan dia tak sama. Sepatutnya kekenyalan topokki mesti sama mcm pemadam getah (eraser). Yang saya buat ni sedikit lembut. Hehe.

Resepi Topokki:

  • 1 cawan tepung pulut + 3 sudu besar tepung gandum + secubit garam + sedikit minyak bijan + air suam.
  • Campurkan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh. Doh sepatutnya tidak melekat di tangan.
  • Kemudian uli doh secara memanjang dan potong kecil.
  • Sapukan minyak bijan atas pinggan, dan letakkan topokki seterusnya kukus selama 5 minit.
  • Setelah dikukus, rendamkan topokki ke dalam air sejuk bagi mengekalkan kekenyalan topokki.
Baca juga :  Cara untuk membuat Bebola Fishcake yang mudah disediakan. Buat sup memang terbaik sangat!

Resepi kuah Topokki:

  • 3 ulas bawang putih yg dicincang
  • Panaskan sesudu besar minyak masak kemudian tumiskan bawang putih yg dicincang sehingga bau wangi.
  • Masukkan 1 sudu besar pes cili giling jenama Adabi, sedikit air, 1 sudu besar: sos cili, sos tomato, sos tiram, gula dan sesudu kecil stok ayam. (Kalau nak pedas sangat, boleh masukkan sos pedas Korea Adabi).
  • Kacau rata sehingga kuah likat rasa pedas pedas manis.
  • Masukkan topokki dan hirisan sosej ke dalam kuah dan masak beberapa minit.
  • Sedia dihidang bersama telur ayam rebus dan taburan biji bijan. Selamat mencuba.
Baca juga :  Resepi dan cara untuk membuat Kerabu Taugeh yang sedap dan menyelerakan

*Resepi asal ini disumbangkan oleh Puan Zurina Zulkefli melalui Facebook Masak Apa Hari Ni dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.