Cara memasak Kuah Sizzling Yee Mee yang super enak dengan hanya menggunakan kuali sahaja!

Hari tu tertengok kat FB ada kawan share resepi Sizzling Yee Me. Bila tengok kawan share resepi sizzzling yee mee tu, laaa senang rupanya. Ingat susah macam mana ker. Bahan-bahan pon senang nak cari cuma yang takde hot plate tu jer la. Takper yang penting kuah tu kena padu, pekat dan likat.

Tak nak bebel panjang jom aku tunjuk cara-cara nak masak sizzling yee mee paling mudah. Bahan-bahan dia makan untuk 2-3 orang.

Bahan-bahannya:

  • 3 gulung yee mee.
  • 5 ulas bawang putih – dicincang halus.
  • 1/2 inci halia – dicincang halus.
  • Ayam – dipotong kecil.
  • 6 kuntum cendawan shitake kering – direndam hingga lembut dan dipotong 4.
  • 4 biji cili kering – dipotong-potong.
  • 4 sudu makan sos tiram.
  • 3 sudu makan kicap cair.
  • 3 sudu makan kicap pekat.
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam.
  • 1 sudu teh minyak bijan.
  • 2 sudu makan tepung jagung + secawan air.
  • Minyak untuk menumis.
  • 4 cawan air.
Baca juga :  Resepu Lengkap Kuih Bingka Durian. Kuih lagenda ini memang sedap untuk minum petang anda!

Cara-caranya:

  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.
  3. Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).
  4. Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan ayam masak.
  5. Masukkan cendawan. Biarkan 2 – 3 minit.
  6. Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.
  7. Masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api.
  8. Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee.
Baca juga :  Cara untuk membuat Burnt Cheesecake yang sangat mudah. Rasanya memang padu dan sedap beb!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.