Jom buat Takoyaki Tanpa Acuan. Senang je rupanya nak buat walaupun kita tak ada acuannya!

Snek Jepun berbentuk bebola lembut, takoyaki sudah sebati dengan tekak rakyat Malaysia kerana bahan asasnya iaitu tepung gandum, inti dan disalut bersama sos seakan sama dengan kuih-muih di sini.

Menjadi masalah apabila tiada acuan khas untuk membulatkan takoyaki. Namun, tidak perlu risau kerana Wan Muhammad Hafiz Satar telah berkongsi resipi dan teknik membuat takoyaki dengan lebih mudah tanpa menggunakan acuan.

Jom lihat resipi takoyaki versi beliau.

Bahan adunan:

  • 1 cawan air panas didih
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu gula
  • Secubit garam
Baca juga :  Resepi Sambal Tomato bersama Ikan Bilis Goreng yang akan menambahkan selera anda.

Bahan sos:

  • Kicap manis
  • Gula
  • Air
  • Tepung jagung

Bahan tambahan:

  • Kobis
  • Daun sup
  • Cili merah
  • Sosej
  • Sotong
  • Isi ketam

*Boleh guna apa sahaja bahan mengikut cita rasa anda.

Cara memasak:

1. Campurkan tepung gandum, gula, garam dan air panas dan gaul sehingga sebati.
2. Masukkan pula bahan-bahan tambahan seperti kobis, daun sup dan cili.
3. Kemudian, masukkan bahan-bahan tambahan pilihan anda seperti sotong, sosej atau isi ketam.
4. Seterusnya, bulatkan dan gorengkan dalam minyak yang panas.
5. Apabila sudah siap digoreng, letakkan sos takoyaki dan mayonis serta topping bonito flakes, rumpai laut dan daun sup.

Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Goreng Black Pepper yang membuka selera anda.

Mudahkan? Selamat mencuba!

Sumber: Wan Muhammad Hafiz Satar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.