Cara untuk membuat Kacang Sambal Ikan Bilis. Kudapan yang padu dan mengasyikkan.

Cara untuk membuat Kudapan Kacang Sambal Ikan Bilis. Rasa yang padu dan mengasyikkan. Siapa suka kita geng. Rasanya pedas-pedas manis tapi mulut still nak mengunyah tanpa henti. Hehe bahaya kalau yang tengah diet.

Terima kasih Ainn Mustafar. Bagi anda semua selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 500 gram kacang digoreng garing.
  • 100 gram ikan bilis digoreng garing.
  • Garam, gula dan ajinomoto secukupnya.

Bahan-bahan dibawah ini perlu dikisar halus:

  • Cili kering segenggam rebus sehingga lembut dan dibuang bijinya.
  • Bawang merah kecil 5 biji.
  • Bawang putih 2 ulas.
Baca juga :  Resepi Kuah Kacang mudah. Sangat sesuai untuk dimakan bersama mee rojak, nasi himpit dan sate.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumis semua bahan kisar dengan minyak yang banyak sampai naik minyak.
  2. Kemudian, masukkan garam, gula, ajinomoto dan masak sampai sambal menjadi gelap dan berkilat.
  3. Gula kena lebihkan sedikit untuk dapatkan kilat tu serta nak jadikan sambal kita manis-manis pedas.
  4. Bila dah siap, sejukkan sambal. Bila dah sejuk baru masukkan kacang dan ikan bilis dan gaulkan sebati. Jangan gaul ketika panas kalau tidak nanti ikan bilis dan kacang akan lemau.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.