Cara untuk membuat Sandwich Daging Burger yang mengasyikkan. Padu dan menyelerakan!

Cara untuk membuat Sandwich Daging Burger yang mengasyikkan. Padu dan Gebu. Saya kalau teringin makan burger, dagingnya saya suka tambah bahan lain untuk membuat rasanya lebih berperisa dan berjus.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli.

Bahan-bahan campuran:

  • 3 keping daging burger.
  • 1/2 bawang kuning dipotong dadu.
  • 1/2 daun sup.
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih.
  • 1 biji telur ayam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kacau semua sekali bahan diatas hingga sebati. Kemudian bahagikan kepada dua dan bentukkan bebola.
  2. Panaskan sedikit minyak masak dan letakkan bebola daging tadi. Leperkan dan masak seperti biasa.
  3. Letak sekeping keju di atas daging dan tutup kuali. Kita biarkan keju cair. Letakkan dahulu roti gardenia, sayur salad, dan tomato.
  4. Kemudian letakkan daging burger bersama keju cair. Untuk Sos atas citarasa masing-masing. Macam saya lebih suka sos lada hitam untuk dilawan bersama rasa lemak keju.
  5. Tutup dengan roti gardenia. Potong dua untuk dimakan bersama pasangan anda.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal Penyet sebagai pembuka selera anda sekeluarga.

Selamat mencuba ya. Kongsikan kepada yang lain tau.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.